Rabu, 30 September 2020

Misteri di sebalik kemenyan?

 



Apabila sebut mengenai kemenyan, pasti kita kaitkan dengan kegunaan mistik. Tapi apakah benar kemenyan ini sangat berguna untuk hal-hal ini?

Kemenyan biasanya digunakan untuk memanggil jin atau semangat. Menurut beberapa sumber, jin menyukai asap yang terhasil daripada pembakaran kemenyan ini. 

Terdapat beberapa jenis kemenyan. Ada kemenyan putih, kemenyan hitam dan sebagainya. Untuk kegunaan mistik, biasanya kemenyan yang digunakan adalah kemenyan berwarna hitam. Jin sangat menyukai asap yang terhasil daripada pembakaran kemenyan hitam ini.


Tetapi jangan salah faham. Sebenarnya banyak kegunaan Allah ciptakan kemenyan ini. Kemenyan terhasil dari getah pokok kemenyan yang dipanggil "styrax Benzoin". Janganlah disalahgunakan, Kerana tiada yang lebih hebat dan agung melainkan Dia sebagai tempat kita memohon pertolongan.

Kemenyan boleh digunakan sebagai penghilang bau yang tidak menyenangkan di rumah atau di mana-mana ruangan yang anda kehendaki. Ia bergantung kepada jenis kemenyan yang anda gunakan. Dan pada zaman Rasulullah S.A.W, kemenyan ini digunakan selain kayu gaharu untuk mewangikan ruangan rumah dan juga tempat ibadat.

Aroma dari asap kemenyan yang dibakar ini juga boleh dijadikan terapi bagi mengurangkan tekanan dan juga menenangkan minda dan fikiran. Mungkin anda boleh google lebih banyak lagi untuk mencaritahu apa jenis kemenyan yang sesuai untuk kegunaan ini.

Pembakaran kemenyan adalah bergantung pada niat kita. Janganlah sesekali kita niatkan untuk memanggil jin dan sebagainya kerana itu mungkin membawa kepada syirik. Semoga kita dijauhkan dari perkara bid'ah. Daripada Nafi' Radiallahuanhu berkata:


كَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا اسْتَجْمَرَ اسْتَجْمَرَ بِالْأَلُوَّةِ، غَيْرَ مُطَرَّاةٍ وَبِكَافُورٍ، يَطْرَحُهُ مَعَ الْأَلُوَّةِ ثُمَّ قَالَ هَكَذَا كَانَ يَسْتَجْمِرُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: Ibnu Umar apabila ingin berwangi maka dia akan berwangi dengan kemenyan, tanpa mencampurkan dengan bahan lain, atau berwangi dengan kafur, atau mencampurkan kafur dan kemenyan. Dia berkata: “Beginilah Rasulullah SAW berwangi.”


Selasa, 29 September 2020

Kisah Seram Di Jalan Kimanis


Cerita ini adalah kisah yang aku dan suamiku alami semasa kami dalam perjalanan pulang ke kampung lebih kurang pukul 9.00 malam. Yala kan, perjalanan pada waktu-waktu sebegini adalah perjalanan yang tenang sedikit kerana kurang kereta. Jalan pun tidak jammed. Kami memilih masa selepas Isyak untuk memulakan perjalanan pulang ke Keningau.

Dipendekkan cerita, perjalanan kami berjalan dengan lancar. Sehinggalah kami melewati sebuah kampung di daerah Papar, Sabah. Sebenarnya ada dua jalan untuk ke Keningau melalui daerah Papar ini. Satu adalah jalan besar yang kurang sesak tetapi agak jauh, dan satu lagi jalan kampung tetapi jaraknya lebih pendek. Jalan pendek inilah yang kami pilih.

Suasana perjalanan malam itu adalah tidak begitu menyeramkan. Cuaca malam pula cerah dan tidak hujan. Tidak terlintas langsung mengenai apa-apa kisah menyeramkan yang akan kami lalui. Kami suami isteri berbual dengan rancak sekali. Sekali sekala saya melihat ke luar menghayati pemandangan perjalanan malam.

Sedang rancak berbual, saya tidak perasan yang suami ingin membuka tingkap kereta kerana ingin mengambil udara luar. Dengan perlahan suami menutup semua tingkap kereta tadi. Sya masih tidak dapat meneka apa-apa yang berlaku. Saya terus menceritakan cerita saya kepada suami tetapi suami seperti endah tak endah. Dalam keadaan begitu, saya menambah kekuatan bunyi lagu-lagu di radio agar suasana tidak suram.

Sesampainya di satu tempat persinggahan di jalan besar Keningau-Kimanis, suami menarik handbrake kereta. "Astaghfirullahalazim..." Ucapan itu balik-balik dilafaz oleh suami. Badan suami kelihatan menggeletar. Saya menyapu dada dan belakang suami agar dia lebih tenang. Barulah dia menceritakan kepada saya apa yang telah dia lihat semasa ingin membuka tingkap kereta di jalan kampung sebelum sampai ke roundabout Menuju ke jalan Keningau-Kimanis tadi.

"Dia berdiri dan merenung tepat ke muka saya" Kata suami. Rupanya ketika membuka tingkap kereta itu, di saat itu jugalah dia ternampak satu lembaga sedang merenungnya. Kerana pada masa itu, suami memandu dalam kelajuan yang sederhana. Sempat terlihat jelas wajah sang lembaga merenung tajam ke arahnya. "Wajahnya sangat menakutkan sekali, badannya berbungkus dengan bungkusan putih yang di atas kepalanya terikat, matanya seperti merah, wajahnya sangat hodoh" Tambah suami lagi. Rupanya lembaga itu yang juga dikenali sebagai pocong berada tepat di tepi jalan sebelah pemandu. Kebetulan pula suami ingin membuka tingkap, jadi jelas di pandangan mata suami akan lembaga itu.



Apabila ternampak benda ghaib seperti itu, badan akan jadi seperti kaku dan menggeletar. Mulut menggeletar sukar mengucap. Dada berdegup kencang sekencang kencangnya. Hanya lafaz ayat-ayat suci yang difikirkan dan disebut dan kekuatan semangat perlu ada untuk terus berani dalam keadaan seperti itu. Itu menurut pengalaman suamiku.

Syukur Alhamdulillah, setelah berehat beberapa minit, barulah suami kembali tenang. Suami sangat kuat kerana tidak terus menceritakan hal itu kepadaku semasa keberadaan di tempat kejadian. Aku ni penakut. He he. Kami pun meneruskan perjalanan seperti biasa sambil berdoa agar perjalanan kami diselamatkan dan dijauhkan daripada kejadian yang tidak diingini seperti kejadian tadi. 

Cerita ini bukan untuk menakutkan sesiapa. Cuma untuk hiburan berdasarkan pengalaman-pengalaman yang dilalui. Siapa yang lebih kita takuti ialah Allah SWT.


Bacaan ketika melihat hantu yang juga merupakan perbuatan syaitan:

أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِ

Yang bermaksud:
"Aku berlindung kepada Allah daripada Syaitan yang direjam"

Dunia seram sejuk

Kisah Seram. "Dia" Datang Melawat.

Pengalaman pelik ini telah aku lalui kira-kira 8 bulan yang lalu. Masa itu aku masih berduka dengan sebuah kehilangan yang telah merampas su...