Apabila sebut mengenai kemenyan, pasti kita kaitkan dengan kegunaan mistik. Tapi apakah benar kemenyan ini sangat berguna untuk hal-hal ini?Kemenyan biasanya digunakan untuk memanggil jin atau semangat. Menurut beberapa sumber, jin menyukai asap yang terhasil daripada pembakaran kemenyan ini.
Terdapat beberapa jenis kemenyan. Ada kemenyan putih, kemenyan hitam dan sebagainya. Untuk kegunaan mistik, biasanya kemenyan yang digunakan adalah kemenyan berwarna hitam. Jin sangat menyukai asap yang terhasil daripada pembakaran kemenyan hitam ini.
Tetapi jangan salah faham. Sebenarnya banyak kegunaan Allah ciptakan kemenyan ini. Kemenyan terhasil dari getah pokok kemenyan yang dipanggil "styrax Benzoin". Janganlah disalahgunakan, Kerana tiada yang lebih hebat dan agung melainkan Dia sebagai tempat kita memohon pertolongan.
Kemenyan boleh digunakan sebagai penghilang bau yang tidak menyenangkan di rumah atau di mana-mana ruangan yang anda kehendaki. Ia bergantung kepada jenis kemenyan yang anda gunakan. Dan pada zaman Rasulullah S.A.W, kemenyan ini digunakan selain kayu gaharu untuk mewangikan ruangan rumah dan juga tempat ibadat.
Aroma dari asap kemenyan yang dibakar ini juga boleh dijadikan terapi bagi mengurangkan tekanan dan juga menenangkan minda dan fikiran. Mungkin anda boleh google lebih banyak lagi untuk mencaritahu apa jenis kemenyan yang sesuai untuk kegunaan ini.
Pembakaran kemenyan adalah bergantung pada niat kita. Janganlah sesekali kita niatkan untuk memanggil jin dan sebagainya kerana itu mungkin membawa kepada syirik. Semoga kita dijauhkan dari perkara bid'ah. Daripada Nafi' Radiallahuanhu berkata:
كَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا اسْتَجْمَرَ اسْتَجْمَرَ بِالْأَلُوَّةِ، غَيْرَ مُطَرَّاةٍ وَبِكَافُورٍ، يَطْرَحُهُ مَعَ الْأَلُوَّةِ ثُمَّ قَالَ هَكَذَا كَانَ يَسْتَجْمِرُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya: Ibnu Umar apabila ingin berwangi maka dia akan berwangi dengan kemenyan, tanpa mencampurkan dengan bahan lain, atau berwangi dengan kafur, atau mencampurkan kafur dan kemenyan. Dia berkata: “Beginilah Rasulullah SAW berwangi.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan